Hotline:+6011 2314 5878 / Office: +603 4022 9000 pusatalhikmah@gmail.com

SELAMAT DATANG KE PUSAT PENGAJIAN AL-HIKMAH

أهلا وسهلا ومرحبا بكم

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

طَلَبُ الْعِلْمِ فَرِيْضَةٌ عَلَى كُلِّ مُسْلِمٍ وَمُسْلِمَةٍ

“Menuntut ilmu adalah wajib bagi setiap muslim” hadis riwayat Ibnu Abdil Barr. Tunjang kepada proses pendidikan adalah untuk melahirkan insan baik, seimbang dan bersepadu berpaksikan kepatuhan dan keyakinan kepada tuhan (taqwa) yang kemudiannya dapat memberikan sumbangan kepada masyarakat, negara dan agama itu sendiri.

Dalam sebuah hadis riwayat Imam Tirmizi, Rasulullah S.A.W bersabda:

مَنْ أَرَا دَالدُّنْيَا فَعَلَيْهِ بِا لْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَالْاآخِرَةَ فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ، وَمَنْ أَرَادَهُمَا فَعَلَيْهِ بِالْعِلْمِ

Maksudnya: “Sesiapa yang berkehendak akan dunia maka perlu ada ilmu, sesiapa yang berkehendak akan akhirat maka perlu ada ilmu dan sesiapa yang hendakkan keduanya sekali perlu ada ilmu”. Ini menunjukan ilmu itu penting bagi mendapat kejayaan di dunia mahupun akhirat, dengan ilmu itu juga manusia dapat menilai sesuatu yang baik mahu pun yang buruk disamping mengangkat martabat individu tersebut.

مَنْ سَلَكَ طَرِيْقًا يَلْتَمِسُ فِيْهِ عِلْمًا سَهَّلَ اللهُ بِهِ طَرِيْقًا إِلَى الْجَنَّةِ

“Sesiapa yang bersusah payah dalam mencari ilmu, nescaya Allah akan memudahkan jalannya menunjukkan ke syurga” Hadis riwayat Imam Tarmizi. Begitulah bagaimana Allah membayar ganjaran bagi hambanya yang berusaha dan berjuang dalam menuntut ilmu.

Kewujudan pusat pengajian ini mampu memberikan impak yang positif kepada tumbesaran dan perkembangan Islam sekiranya pertubuhannya dibantu dan disokong oleh semua pihak.

Sistem pendidikan yang berkesan harus berupaya melahirkan anak didik yang berilmu, bermanfaat, beramal dan berakhlak mulia. Dalam hal ini, semua institusi pendidikan sama ada berbentuk kerajaan mahupun swasta perlu menjurus kepada mencapai matlamat murni ini.Cabaran untuk mengukuhkan dan meningkatkan kualiti pendidikan adalah tangungjawab semua pihak.

Hebahan dan Aktiviti

Ahlan Ya Ramadhan

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan buat semua warga Pusat Pengajian Alhikmah. Sedar tidak sedar sudah setahun berlalu dan bulan yang teristimewa menjelma kembali untuk kita sama sama merebut peluang yang indah ini. Seperti mana yang kita ketahui secara umumnya bulan...

read more

Kelas Pengajian Bahasa Arab akan dibuka

Alhamdulillah di atas sambutan yang menggalakkan dari seluruh warga PPAH, insyallah PPAH akan membuka satu lagi kelas pengajian  untuk  sama sama mendalami dan menghayati bacaan dalam solat dan memahami secara umum terjemahan Al-Quran. Kelas ini di namakan kelas...

read more