Hotline:+6011 2314 5878 / Office: +603 4022 9000 pusatalhikmah@gmail.com

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ

Wahai orang-orang yang beriman diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa (surah Al Baqarah ayat 183).

Di kesempatan bulan ramadhan yang penuh dengan keberkatan ini, pihak Pusat Pengajian AlHikmah ingin mengucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada seluruh muslimin dan muslimat di mana di dalam bulan yang mulia ini sebarang bentuk amalan digandakan pahalanya dan padanya ia juga terdapat malam lailatur qadar. Disamping itu juga bulan teristimewa ini merupakan bulan dimana turunnya Al Quran.

شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

Al Quran adalah petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu juga perbezaan (antara yang hak dan yang bathil). (surah Al Baqarah ayat 185)

Semoga kita sama-sama merebut peluang ini sehabis mungkin kerana peluang hanya datang sekali dan belum tentu kita akan bertemu lagi pada Ramadhan yang akan datang.

مَنْ صَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

“Barangsiapa berpuasa Ramadhan atas dasar iman dan mengharap pahala dari Allah, maka dosanya yang telah lalu akan diampuni.” (Hadis Bukhari)