Hotline:+6011 2314 5878 / Office: +603 4022 9000 pusatalhikmah@gmail.com

Assalammualaikum dan Salam Ramadhan buat semua warga Pusat Pengajian Alhikmah. Sedar tidak sedar sudah setahun berlalu dan bulan yang teristimewa menjelma kembali untuk kita sama sama merebut peluang yang indah ini. Seperti mana yang kita ketahui secara umumnya bulan Ramadhan adalah bulan barokah, Bulan rahmat dan bulan keampunan.  Di dalam bulan Ramadhan ini juga terdapat banyak peristiwa penting dalam Islam, seperti berlakunya perang Badar, perang Khandaq dan perang Tabuk. Ini menunjukkan umat islam tidak seharusnya lemah dalam menghadapi segala dugaan dan ujian malah lebih bersemangat lagi dengan bersandarkan pada kekuatan iman lebih lebih lagi di bulan yang penuh barokah ini.

Dalam pada itu juga, setelah  8 tahun  berhijrah ke Madinah, Kota Mekkah jatuh ke tangan Islam tanpa pertumpahan darah, peristiwa ini berlaku pada 10 Ramadhan ini juga di namakan sebagai (Fathul Makkah). Di antara lain peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat Islam  ialah dimana malam diturunkan al-Quran (Nuzul al-Quran). Ia juga disebut Allah sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).Di kesempatan ini juga, sepanjang Ramadhan ini Pusat Pengajian AlHikmah mengadakan sesi tadarus Quran untuk pelajar dewasa bagi mengisi kelapangan yang ada untuk program yang bermanfaat.

Akhir kata Pihak Pengurusan Pusat Pengajian Al Hikmah mengucapkan selamat menyambut Ramadhan dan selamat menajalani ibadah puasa kepada semua warga PPAH dan seluruh umah Islam. Semoga Ramadhan kali ni membawa seribu rahmat ,keampunan dan latihan kepada semua untuk menjadikan kita sebagai seorang muslim yang lebih sempurna.  Dan rebutlan ruang dan peluang yang ada pada malam lailatul qadar. Selamat menjalani ibadah puasa.