Hotline:+6011 2314 5878 / Office: +603 4022 9000 pusatalhikmah@gmail.com

Pada zaman pemerintahan Abbasiyyah, tercetusnya perkembangan ilmu pengetahuan dalam tamadun Islam dalam segenap bidang. Sejak tahun 132 Hijrah, di mana pemerintahan Islam telah berpindah tangan kepada Bani Abbasiy dan tampuk pemerintahan Islam beralih ke wilayah Baghdad, tamadun Islam dipandu ke arah pembangunan dari sudut ilmu pengetahuan secara pesat.

Perkembangan ilmu di kota Baghdad menjadikan ianya sebuah pusat kebangkitan ketamadunan (nahdah hadhariyyah). Perkembangan ilmu ini diteruskan oleh Khalifah Harun al-Rasyid (170-193 H) dengan menjadikan bahan bacaan yang tersimpan di kediamannya sebagai bahan bacaan umum untuk para penuntut ilmu dan para ilmuwan. Bahkan, beliau menyemarakkan lagi usaha penambahan bahan-bahan bacaan dan sumber-sumber ilmu di samping menterjemahkannya ke dalam bahasa Arab. Lalu, Khalifah Harun al-Rasyid menjadikannya sebagai sebuah tempat kajian dan sumber ilmu yang dinamakan sebagai Baitul Al-Hikmah (rumah Al-Hikmah).

Nama AlHikmah berasal dari kata nama ha-ka-ma- ( ح+ك+م ) yang bermaksud bijaksana. Dari kata ini juga keluar isitlah Hakim (orang yang bijaksana). Menurut pendapat ulama, seorang ilmuan bukanlah terpaku pada ilmu yang dimiliki sahaja tetapi ia merealisasikan bahkan beramal dari asas asas ilmu itu untuk mendekatkan diri kepada sang pencipta dan pada masa yang sama mengahayati kebesaran Allah yang Maha Esa.

Pusat Pengajian AlHikmah adalah sebuah syarikat yang berkonsepkan pendidikan. Ia merupakan kesinambungan pusat pendidikan yang berteraskan Islam yang menjadikan Al-Quran , Hadis dan pandangan Ulama (ijmaq) sebagai panduan. Pusat Pengajian AlHikmah ini juga merupakan destinasi pilihan bagi masyarakat yang cintakan Al Quran dan pendidikan Islam. Pusat pengajian ini meliputi dua sistem pendidikan iaitu pengajian pemantapan Al-Quran dan pengajian agama (fardu ain) bagi golongan kanak kanak dan juga dewasa.

Pusat Pengajian AlHikmah ditubuhkan pada 23 JUN 2016 dan berdaftar di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia dan ianya mula beroperasi secara berperingkat peringkat pada 1 JULAI 2016. Pada mulanya premis Pusat Pengajian AlHikmah ini merupakan sebuah rumah di tanah lot pusaka peninggalan arwah Haji Yeop Bin Pandak Manan dan Hajah Fatimah Binti Jamid. Rumah ini bina pada tahan 1973 dan berdiri kukuh sehinggalah ke hari ini di samping itu juga rumah ini merupakan antara yang terawal bertapak di Kampung Padang Balang, Sentul, Kuala Lumpur. Pada pertengahan tahun 2016 rumah ini kemudiannya di jadikan pusat pengajian setelah ianya di ambil alih sepenuhnya oleh Haji Mohamad Bin Abdul Kadir dan isteri Hajah Hilaliyah Binti Yeop yang mana merupakan salah seorang anak perempuan dari keluarga arwah setelah ianya mendapat persetujuan kesemua adik beradik yang lain.

Pusat Pengajian AlHikmah mula mengorak langkah mengambil kemasukan pelajar dari kelas Al Quran kanak kanak dan kemudianya membuka pengambilan untuk kelas dewasa di atas permintaan yang amat mengalakkan. Dari masa ke semasa Pusat Pengajian AlHikmah terus berkembang dari kelas pengajian Al- Quran hingga ke kelas fardu ain. Pada akhir tahun 2016, Pusat Pengajian AlHikmah terus mendapat sambutan yang memberangsangkan di mana sebahagian dari premis telah ditambah dan di ubah suai menjadi 2 kelas dalam satu masa. Dengan hasil kerjasama semua dan sambutan yang mengalakkan dari masyarakat setempat dalam mengenal kalimah Allah, insyallah Pusat Pengajian AlHikmah ini akan terus maju kehadapan dalam memperkasakan lagi wadah mentauhidkan Allah.

Ilmu merupakan suatu perkara yang penting dalam kehidupan manusia. Perkembangan dan kemajuan sesuatu bangsa di dunia ini berkait rapat dengan kemajuan dan perkembangan ilmu pengetahuan yang terdapat pada sesuatu bangsa itu sendiri. Justeru, Islam mengingatkan tentang hakikat ini menerusi pelbagai ayat al-Quran dan Hadis Rasulullah S.A.W. Penekanan terhadap kepentingan dan keperluan menuntut ilmu membuktikan bahawa Islam adalah satu agama yang memartabatkan ilmu pengetahuan dan orang yang berilmu.

خَيْرُكُمْ مَنْ تَعَلَّمَ الْقُرْآنَ وَعَلَّمَهُ
Rasulullah S.A.W ada bersabda “Sebaik baik diantara kamu semua adalah orang yang belajar Al-Quran dan mengajarkannya”. Hadis riwayat Imam Bukhari.

مَن قَرَأ حَرفًا مٍن كَتَابِ اللٌه فَلَه بِه حَسَنَةُ وَالحَسَنَةُ عَشُرُ اَمُثَالِهَا لآ اَقُولُ الم حَرفُ وَلكِنُ اَلِفُ وَلآمُ حَرفُ وَميمُ حــَرُفُ
Di dalam hadis riwayat Imam Tirmizi dan selainnya juga ada menyebut “ Sesiapa yang membaca satu huruf daripada kitabillah(alquran) maka baginya satu kebaikan (pahala), dan digandakan dengan 10, aku tidak katakan الم satu huruf, tetapi ا satu huruf, ل satu huruf dan م satu huruf”.

FALSAFAH

Pendidikan adalah usaha berterusan kearah memperkembangkan fitrah dan potensi individu melalui ilmu yang menyeluruh dan bersepadu untuk menwujudkan insan yang seimbang dari sudut rohani dan jasmani berdasarkan Al-Quran dan As-Sunnah. Usaha ini adalah bagi melahirkan insan yang mampu meninggikan martabat ummah yang berilmu dan beramal soleh.

OBJEKTIF

  • Melahirkan masyarakat yang mengenal Al-Quran di samping sebutan hurufnya yang jelas dan pengunaan tajwidnya yang betul.
  • Membentuk masyarakat berpendidikan islam yang mempunyai pengetahuaan dalam fardu ain.
  • Membantu masyarakat dalam mengenal Allah dalam manhaj yang betul.
  • Menampung usaha usaha yang sedia ada dalam pendidikan islam.
  • Melahirkan insan yang berilmu, beramal dan bertaqwa

MATLAMAT

Memberi pendidikan yang berkualiti dan sistematik bagi melahirkan individu seterusnya masyarakat yang berkualiti dalam bacaan Al-Quran. Dalam pada itu juga, penghayatan tentang kefahaman Al-Quran itu sendiri serta pengetahuan tentang ilmu fardu ain supaya aktiviti harian sebagai seorang muslim itu dapat berjalan dengan sempurna.

GOLONGAN SASARAN

  • Golongan Kanak-Kanak
  • Golongan Remaja
  • Golongan Dewasa dan Warga Emas